Doa Keselamatan Dunia-Akhirat
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dan dari atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak dibinasakan dari bawahku (oleh gempa bumi, ditelan bumi, dll)."
Sumber: HR. al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad No. 1200, Abu Dawud No. 5074, an-Nasa'i VII/282, Ibnu Majah No. 3871, al-Hakim 1/517-518
Nota: Dibaca 1 kali
Faedah: Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang. Di dalamnya terkandung perlindungan keselamatan pada agama, dunia, keluarga dan harta dari pelbagai gangguan yang datang dari pelbagai arah.
Anda juga mungkin berminat
Platform-platform Islamik lain dari Dayabumi Creative Network.

Mengaji.my
Platform mengaji Al-Quran dengan bantuan audio dan terjemahan di dalam Bahasa Melayu.

Hadis.my
Koleksi lengkap hadis Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Melayu

Mp3.my
Dengarkan bacaan Al-Quran oleh Qari Mishary Rashid Al Afasy beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu .

Hadith.my
Koleksi dari pelbagai kitab hadith di dalam terjemahan Bahasa Inggeris.