Memohon Keringanan, Ampunan & Perlindungan

رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami, dan janganlah Engkau bebankan kepada kami perkara yang kami tiada kemampuan untuk memikulnya. Dan maafkanlah kami; ampunkanlah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka berilah kemenangan kepada kami ke atas kaum yang kafir."
Rujukan: Al-Baqarah : Ayat 286
Kegunaan: Doa ini adalah antara ayat terakhir dalam Surah Al-Baqarah yang mengandungi beberapa doa penting. Dinyatakan bahawa jika seseorang membacanya pada malam hari, ia cukup baginya.