Doa Mohon Ketetapan Hati #2

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
"Ya Allah, Zat yang Mengarahkan hati, arahkanlah hati kami kepada ketaatan-Mu."
Sumber: HR. Muslim No. 2654
Faedah: Hati manusia berada di antara jari-jemari Allah Taala, dan Dia membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya. Oleh itu, sewajarnya seseorang sentiasa memohon agar Allah menetapkan hatinya di atas kebaikan, dan sentiasa istiqamah dalam kebenaran.