Doa Musafir
الله أَكْبَرُ،الله أَكْبَرُ،الله أَكْبَرُ،سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ
"Allah Maha Besar (3x). Maha Suci Allah yang telah menundukkan kenderaan ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu melakukannya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami akan kembali. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, ketakwaan, dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah jarak yang jauh bagi kami. Ya Allah, Engkau adalah teman dalam perjalanan dan pengganti di kalangan keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta, keluarga, dan anak."
Sumber: HR. Muslim
Faedah: Dalam doa ini ada 2 bahagian. Pertama adalah pujian kepada Allah Taala dan ketundukan diri hamba, yang kedua adalah permohonan kepada Allah untuk segala kemudahan baik dalam perjalanan mahupun urusan yang ditinggalkan di rumah.
Anda juga mungkin berminat
Platform-platform Islamik lain dari Dayabumi Creative Network.

Mengaji.my
Platform mengaji Al-Quran dengan bantuan audio dan terjemahan di dalam Bahasa Melayu.

Hadis.my
Koleksi lengkap hadis Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Melayu

Mp3.my
Dengarkan bacaan Al-Quran oleh Qari Mishary Rashid Al Afasy beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu .

Hadith.my
Koleksi dari pelbagai kitab hadith di dalam terjemahan Bahasa Inggeris.