Membentuk Umat Islam Yang Teguh

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Wahai Tuhan kami, dan jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu serta dari keturunan kami satu umat yang tunduk patuh kepada-Mu. Dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara ibadat kami, serta terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."
Rujukan: Al-Baqarah : Ayat 128
Kegunaan: Dibaca untuk mengukuhkan keyakinan anda terhadap agama Islam. Doa ini juga baik untuk memohon kesejahteraan dan kejayaan bagi seluruh umat Islam. Ini adalah doa yang dibacakan oleh Nabi Ibrahim (a.s.) selepas menyiapkan pembinaan Kaabah bersama anaknya.