Memohon Penerimaan Amalan

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami). Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Rujukan: Al-Baqarah : Ayat 127
Kegunaan: Anda boleh membaca doa ini pada bila-bila masa sahaja apabila ingin memohon kepada Allah (s.w.t.) agar menerima segala kebaikan yang telah anda lakukan. Ini adalah doa yang dibacakan oleh Nabi Ibrahim (a.s.) selepas menyiapkan pembinaan Kaabah bersama anaknya.